top of page

Cake Smashing Photoshoot

  • Mommy Saza
  • Feb 14, 2018
  • 3 min read

Assalamualaikum semua! Hye hye hye! .

Hari ni nak kongsi gambar hasil dari photoshoot hari tu. Photoshoot yang tak dirancang. Hehe

Nak tak Saza share a few tips?? .

Okay, cake smashing photoshoot ni mudah je sebenarnya. Barang2 props pun mudah sangat nak dapatkan. Tau tak Saza dapatkan kat mana?? .

Of course lah kat syurga shopping mommy!!

☝Bukan di spotlight ☝Bukan di IKEA ☝Bukan di Kaison ☝Bukan di Daiso

Tapi!!

HANYA DI MR.DIY dan GM KLANG!! 💃 .

Haaa props tu semua hanya di Mr. DIY dan GM je tau! Murah je. Alah nak skali pakai je kan. .

Props: ✔Kipas pink ●Kedai: MR.DIY ●Harga: RM12-15 macam tu tak silap. Dapat 5 kipas. Ada pelbagai warna n tema.

✔Rambu ramba ●Kedai: GM Plaza ●Harga: RM5-7 1 warna.dapat 5 juntai

✔Rantai mutiara tipu ●Kedai: GM Plaza ●Harga: RM4

✔Kek ●Kedai: Tempah dekat kawan husben je ●Harga: RMlupa

✔Accessories kepala ●Pakai yg mana ada je ●Beli kat GM jugak rm2 sepasang (murah giler)

Actually semua tu nak buat sendiri pun boleh. Cuma tak sempat dan tak rajin je. Haha..Untuk baju pulak, hmmm yg ni quite struggle nak cari. 7x tawaf jugak lah kat GM tu. Kebetulan tinggal 1 ni je yg muat. Tu pun kena jahit jugak sikit. Tapi takpe puas hati sebab memang nak pastel color and rambu ramba macam tu pun kan... Harga baju ni actually RM120 kot tak salah tapi kami dapat pada harga RM80 je! Hehe for me ia agak murah la jugak berbanding yang lain. Banyak lagi yang lain cantik2 tapi semua RM100 ke atas.


Haaa yg ni mesti ramai yg nak tanya kan. Pakai photographer mana?? As usualll...Mestilah Lilgrafie!! (fb page) Okay photographer ni dari maternity, newborn kami pakai dorang. Murah, cantik n friendly. 👍👍👍

Sangat suka dah puas hati dengan service Lilgrafie ni. Sebab sangat menghormati customer and faham apa customer nak. Highly recommended!!



Okay untuk notes yg terakhir, just nak bagitau, sebenarnya semua sesi photoshoot ni tak dirancang pun. It is actually free. Menggantikan sesi newborn photoshoot lepas yg kami tak dapat gambar yg banyak sebab RL time tu tak berapa sihat n cranky sangat. Dapat 2-3 keping gambar je. So photographer kami ni bermurah hati sangat offer utk next photoshoot. Alhamdulillah.... Thank you so much! We really appreciate it! 😍


So dari nak photoshoot biasa2, mommy pun decide, why not buat yg jarang org buat. Cake smashinggg! Mula2 pening jugak nak fikir aturan kek apa semua. Yelah anak baru 1 tahun lebih kan, nak bagi kek. Kang tak pasal2 kena kecam. #jangankecam herher


So that's why mommy pun cari lah baker yg boleh buat KEK TAK SEDAP! haha i mean kek yg less sugar. Kebetulan pulak wife kawan husben ni memang pandai buat kek. So mintak dia tolong. Actually time photoshoot tu pun RL tak makan pun kek tu. Dia main2 je. Dia pun geli kot warna warni lembik2 gitu kan. Yelah, kat rumah tak pernah dapat. Jangan harap la mommy nak bagi benda pelik2. 🧐


Ohya lagi 1 tips pennnnting sangat sebelum dan time photoshoot berjalan, tips ni khas untuk nak jaga behavior si anak. Make sure.......anak anda:


✔ cukup tidur ✔ cukup makan ✔ cukup sporting ✔ mood baik. Bangun pagi2 wish dia Assalamualaikum n good morning dlm keadaan ceria. Bagitau dia jugak, hari ni be a good girl ye sayanggg... Mood ni memang akan mula dari pagi okeyyy je sepanjang hari insyaAllah. Cranky sikit2 tu biasa lah kan. Tapi RL ok sangat2 time ni. ☺


✔Beli benda tiup2 birthday party tu utk tarik perhatian anak time photoshoot ✔Peranan daddy lah time ni nak agah2 bagi dia ketawa ke apa ke kan ✔Bawak pakaian extra, sabun mandi, syampoo (Kami terlupa bwk sabun n syampoo. Nasib baik photographer buat kat studio rumah dia je. Hehe pinjam sabon! 😂)


So emmm tu jelah kot. Berkenaan harga pakej u all p tanya photographer k? 😊

Comentarios


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Supplement Houz Your Trusted Shaklee Independent Distributor

  • w-facebook
  • White Google+ Icon
  • Twitter Clean
bottom of page